Kanser Kolorektal Di Malaysia

Dunia hiburan antarabangsa telah di kejutkan pada bulan Sepetember 2020 dengan pemergian pelakaon utama Black Panther Chadwick Boseman . Beliau telah di diagnosis Tahap 3 Kanser usus yang telah meragut nyawanya. Setelah kematiannya, kanser usus dan rektum telah mendapat perhatian umum dan pencarian mengenai penyakit ini di laman web Google semakin popular.

Apakah sebenarnya kanser kolorektal? Kanser ini  dikenali juga dengan nama kanser kolon atau kanser usus yang menyerang bahagian lapisan usus dan rektum (bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh).Ianya bermula dari polip iaitu benjolon di usus atau rektum, adakalanya polip ini bertangkal .Kalau di simpan lama ia akan menjalani mutasi sel. Mutasi sel-sel ini yang digabungkan dengan kegagalan gen untuk membuang sel yang bermutasi akan menyebabkan pembahagian sel yang tidak terkawal. Apabila kanser telah mula membesar sejak   beberapa tahun, ia bukan sahaja dapat mengambil ruang organ-organ yang lain , tetapi menembusi  juga saluran darah yang menyebabkan kanser ini merebak.

Apakah status kanser kolorektal di kalangan rakyat Malaysia ? Menurut laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR) 2012-2016, secara keseluruhannya, kanser kolorektal merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku (13.5%) di Malaysia, selepas kanser payudara (19%). Dari segi jantina pula, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki (16.9%) dan kanser kedua paling kerap berlaku dalam kalangan wanita (10.7%).  Scenario ini lebih memudaratkan rawatan bila lebih 70% kanser kolorektal dikesan berada pada tahap 3 serta 4 iaitu masing-masing 72.4% dalam kalangan lelaki dan 73.1% dalam kalangan wanita.

Bagaimana pula di Melaka ? Berdasarkan statistic kanser di Melaka pada tahun 2012,kanser kolorektal adalah kedua terbesar di kalangan lelaki dan kedua terbesar di kalangan wanita selepas kanser paru paru dan kanser payudara , pada kadar 16.5 % dan 13.6 % dari semua jenis kanser yang telah di diagnosis di Melaka dari tahun 2007 hingga 2011. Masalah kanser kolorektal di Malaysia juga telah membebankan negara dari segi ekonomi. Hasil kajian yang di buat pada 2012, beban kos merawat kes kanser kolorektal yang baru telah mencecah hampir RM 108 million.Ini tidak termasuk kos tambahan bagi sesetengah kes kanser kolorektal tahap 4  yang  yang memerlukan rawatan tersasar monoclonal antibodies / terapi biologi  seperti cetuzimab dan bevacizumab yang memerlukan kos tambahan sebanyak RM 20 000 – RM 40 000. Rawatan yang awal dapat mengurangkan kos dan juga bebanan tanggungan kerajaan.

Dogma kanser kolorektal yang hanya berlaku pada golongan yang berusia atau tua tidak tepat sama sekali. Dengan golongan muda yang gemar memakan makanan “fast food”, makanan yang kurang serat, cara hidup yang sentiasa sibuk dan keutamaan bersenam di abaikan, kanser kolorektal semakin menular pada usia yang lebih muda.Berdasarkan statistic Kanser Registi Malaysia ,dari tahun 2003-2005, hampir 14.6% kanser kolorektal di hidapi oleh golongan usia kurang daripada 50 tahun dan 7% pula dari golongan usia kurang daripada 40 tahun.

Kajian juga menunjukkan kaum Cina di Malaysia lebih cenderung menghidapi kanser kolorektal berbanding dengan kaum Melayu dan India. Nisbah pecahan inciden kanser kolorektal tahunan per 100 000 penduduk untuk kaum Cina adalah 28.3 , manakala kaum India  14.3 dan kaum Melayu 11. Pecahan nisbah ini juga dapat  di lihat bagi ketiga -tiga  kaum ini di Singapura iaitu 34.1 , 16.1 dan 26.1 masing-masing.

Selian fakta usia dan ethnic, antara fakta lain yang boleh menjadi punca masalah kanser kolorektal adalah pertalian darah atau genetik yang  mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal dan sindrom genetik yang berkaitan dengan kanser seperti ‘familial adenomatous polyposis (FAP)’ atau ‘hereditary non-polyposis colorectal cancer’. Selain itu , penyakit radang usus seperti ‘ulcerative colitis’ dan ‘Crohn’s disease’ boleh dalam jangka masa yang panjang melarat menjadi kanser kolorektal.

Di samping itu mengenali tanda tanda awal seperti pembuangan najis berdarah, tidak rasa kepuasan selepas pembuangan najis, sering sembilit atau cirit birit lebih dari dua minggu, hilang berat badan secara mendadak , sakit perut yang berpanjangan adalah amat penting.Sekiranya anda mempunyai tanda tanda ini, anada perlu manjalani ujian saringan.Antara ujian saringan yang di maksudkan adalah sigmoidoskopi atau  kolonoskopi. Kaedah ini dijalankan dengan mengunakan tiub flexible berhujungkan kamera dan dimasukkan di hujung dubur untuk melihat polip atau atau ketulan di usus. Sekiranya polip di jumpai, polypectomy akan di lakukan dan proses ini sangat mustahak.Kajian telah menunjukkan polypectomy dapat mengurangkan risiko kanser kolorektal hampir sebanyak 63% – 90%. Oleh itu , ujian saringan dengan kolonoskopi atau sigmoidoskopi sangat mustahak untuk mengesan gejala ini dari peringkat awal lagi.

Kaedah rawatan kanser kolorektum termasuk  pembedahan (secara konvesional atau laparoskopi), kemoterapi, radioterapi dan rawatan sasar seperti monoclonal antinody / terapi biologi. Pembedahan adalah rawatan utama dalam kanser kolorektal. Bergantung kepada peringkat kanser yang dialami, sesetengah pesakit mungkin memerlukan  kemoterapi selepas pembedahan untuk mengurangkan risiko kanser berulang  lagi. Berlainan pula untuk kes kanser rektum, sesetengah pesakit mungkin memerlukan radiokemoterapi untuk mengecutkan tumor sebelum pembedahan dijalankan..Malah sesetangah pesakit tahap 4 kanser perlu juga di keluarkan stoma terlebih dahulu sebelum menjalani kemoradioterapi .

Bagaimanakah kanser kolorektal dapat di elakkan? Satu soalan yang sering saya terima daripada pesakit. Amalkanlah pengurusan diri yang baik dengan banyakkan meminum air, memakan makanan seimbang  dan kurangkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan pada usus besar anda (makanan pedas atau berempah, keras dan alkohol). Akitiviti bersenam dapat mengurangkan masalah obesiti ,yang antara faktot yang di kaitkan kepada kanser kolorektal.Hindarkan merokok dan minuman berarak. Sekiranya ada di antara pertalian darah  terdekat menghidapai kanser, anda juga perlu menjalankan ujian saringan yang lebih awal

 

en_USEnglish